hati membeku mulut membisu..
apa sahaja yg dilakukan.. ku rasa sayu..
hatiku buntu..
tidak tahu mana hendak dituju
tunjuk arah hilang dalam kelam ku..
langkah kaki bagaikan kaku
terhenti terus membatu
menunggu sinar arah perjalananku..
untukku ku mulakan hari baru...
Saturday, July 30, 2011
Tuesday, July 5, 2011
aiR maTa meNitiS laGi
air mataku menitis lagi
hiba dihati merembeskan ia jatuh kebumi
tangisan penzahir rasa duka
air mata menitis lagi
sekali disapa angin
aku tersentak
melihat arah tuju yang menyimpang
merubah diri kepada insan tiada ku kenal
kelam gelap tiada pedoman
namun ku bersyukur kepada Illahi
menyedarkan aku dari terus berada disitu
ku kuatkan iman
ku jadikan pedoman
menjadi insan baru
taat setia hanya padaMu
dan ku semaikan cintaku
hanya padamu
Tuhan ku yang Satu
aKu si peMerHati maLAm
tatkala meniti pagi
aku masih berdiri
mataku masih lagi bugar
tiada sedikit pun mengantuk
lalu
aku ambil angin malam
sambil bayu menyapa
sambil itu
aku melihat malam
suasana suram dan kelam
tapi masih indah dipandang
lampu lampu masih menyala
menerangi alam sekitarnya
dapat ku lihat anak-anak muda
masih berkeliaran
kenderaan masih berulang arus dijalanan
kedai-kedai pun masih terang benderang
aku suka dengan malam
dengan bayu yang dingin
jiwaku tenang
walaupun alam masih bising
aku leka melayan bayu
lembut menyapa , menyejuk jiwa
aku hanya si pemerhati malam
menikmati ciptaan Tuhan tika tiada sinaran
mendengar deruan bayu bercerita
tentang alam laluannya
melihat manusia lupa asal- usulnya
bersama bumi meratapi kebinasaannya
aku hanya si pemerhati malam
merawat luka tika malam kelam
aku masih berdiri
mataku masih lagi bugar
tiada sedikit pun mengantuk
lalu
aku ambil angin malam
sambil bayu menyapa
sambil itu
aku melihat malam
suasana suram dan kelam
tapi masih indah dipandang
lampu lampu masih menyala
menerangi alam sekitarnya
dapat ku lihat anak-anak muda
masih berkeliaran
kenderaan masih berulang arus dijalanan
kedai-kedai pun masih terang benderang
aku suka dengan malam
dengan bayu yang dingin
jiwaku tenang
walaupun alam masih bising
aku leka melayan bayu
lembut menyapa , menyejuk jiwa
aku hanya si pemerhati malam
menikmati ciptaan Tuhan tika tiada sinaran
mendengar deruan bayu bercerita
tentang alam laluannya
melihat manusia lupa asal- usulnya
bersama bumi meratapi kebinasaannya
aku hanya si pemerhati malam
merawat luka tika malam kelam
saYu dihaTi
sayu dihati
entah kenapa
rasa yg sukar digambar
berat pedih bagaikan luka
bagai tiada ubat
bagai tiada penawar
bagai hilang tempat bergantung
tiada tempat ingin dituju
tiada tempat nak ku luah
berat sangat hati ini
menanggung segala rasa
hanya kau tempat bercerita
disaat pena menari menulis
begitu juga perasaan haru ini pergi
sedikit demi sedikit
hingga terlupa akan rasa itu
menjadi insan baru
segala duka sudah menjadi lembaran
untuk tatapan masa hadapan
selamat malam semua
andai aku tidak bangun lagi
maafkan salah dan silapku
Monday, July 4, 2011
FeNomEna aLam
burung burung terbang pabila angin bertiup kencang
daun daun juga meliuk liuk jatuh ke bumi
ranting ranting kering diatas pokok turut menyembah bumi
haru.... kacau... bilau....
angin kencang membawa hujan
membasahi bumi yg kering
merubah suasana
dari ceria ke suram hiba
hujan ditemani guruh dan petir
kilat turut sambung menyambun
panahan cahayanya kadang kala menggerunkan
diikuti dentuman
bergempita di seluruh alam
pada ketika nya..
alam menjadi sunyi
hanya ada bunyi titisan air jatuh kebumi..
dari banyak hingga menjadi titik demi titik
alam kembali bercahaya
mentari menjengah cahaya..
terbiasnya sinaran terciptalah sang pelangi
indah dipndangan tapi tak bisa dipegang
inilah fenomena alam..
indah dan punya makna..
berfaedah pada manusia..
juga membawa pesanan Maha Pencipta..
terpulang pada hati setiap insan menilainya....
jatuh dan bangUn laGi
tinggalkan segala rasa gundah dan resah,
atur langkah kehadapan..
langkah lah satu persatu,
supaya tidak terjatuh lagi..
dan langkahlah kehadapan...
jangan pernah kau menoleh kebelakang
tetapi simpan didalm memori mengapa kau terjatuh..
jadikan pedoman
apabila ada halangan..
jangan pernah undur...
pasti ada penyelesaian..
sama ada bersabar membuka ikatan kusut atau melangkah di tepi halangan..
itu keputusan hati..
setiap halangan pasti akan terurai..
dan perjalanan akan di teruskan menuju kehadapan!
Subscribe to:
Comments (Atom)