Monday, July 23, 2012

harapan yang berharap

harapan yang berharap
dan jangan biar terhenti selagi ada dihati
biarkan harapan terus berharap
jika masih ada secubit rasa ingin


biarkan harapan terus berharap
satu hari nanti ianya akan terjawab
sama ada pengharapan yang diharap muncul
atau pun terhenti mati kaku dan sepi


harapan yang terhenti ibarat tiada apa lagi
langkah perlu diatur biarpun berat untuk pergi


sehenti mana harapan yang terhenti,
terhenti lah segalanya
penamat segala ceritanya..

Sunday, July 22, 2012

kisah hati

malam yang sepi..
menyendiri...


kubaca isi hati..
kufahami rentak diri..
hatiku tidak mengerti..
perngorbanan yang perlu aku tanggungi..


lepaskan lah hati..
lepaskan dia berlalu pergi..
melunaskan tanggungjawabnya..


sabarlah hati..
walaupun kau sendiri..
dia janji ada sisi
walaupun payah mencari bayangnya


sembuhkanlah dukamu wahai hati
jangan biarkan terus berdarah
meruntun duka apabila sendiri


tautlah lukamu wahai hati
agar hati kembali tenang
tiada luka duka 
biarkan ia ada ruang untuk merasa bahagia
walaupun dia ada sisi
namun hakikatnya jauh entah dimana.. 

Thursday, April 26, 2012

Doaku..

menangis lah syg.. biar lega perasaan mu.. jangan pernah kau pendam.. kerna ia akan menambahkan kedukaan mu sayang.. menangislah sayang.. tiada salahnya..

aduh bisanya kesan akibat perbuatanku sendiri.. niat dihati lain.. namun ini pula yang terjadi Ya Tuhan.. aku tak ingin semua ini terjadi.. didalam hatiku hanya dia.. teman sejati yang ku cari selama ini untuk menemani perjalananku untuk mencari kasih dan sinarMu Ya Allah... 

Ya Allah.. bantulah aku, Kau tabahkanlah hatiku, Kau ikhlaskan hatiku, Kau jauhkan yang buruk dari ku, Kau dekatkanlah yang baik denganku.. begitu juga dengan dia Ya Allah.. Kau bantulah dia, Kau tabahkanlah hatinya, Kau ikhlaskan lah hatinya, Kau jauhkan yang buruk darinya dan kau dekatkanlah yang baik dengannya.

Ya Allah, dengan izinMu jua aku berkenalan dengannya, dengan izinMu jua kami tertarik dengan antara satu sama lain, dengan izinMu jua kami ingin mengikat kasih.. namun apakah dengan izinMu jua kami bersedih? dengan izinMu jua perjalanan kami terhenti disini? apakah dengan izinMu jua kasih yang terbina terurai..

Ya Allah, Kau Tabahkanlah hatiku...

Ya Allah, apakah benar kata-kata kakakku,adakah ini adalah caramu memberitahuku, Adakah dia bukan untukku?, Ya Allah, mengapa ini semua harus terjadi.. apakah hikmahnya Ya Allah.. berat sungguh ujian mu Ya Allah... 

Aku hanya insan biasa, aku bisa menjadi alpa, lalai dalam apa pun jua.. Ya Allah inikah caraMu menyedarkan aku Ya Allah? ini terlalu berat Ya Allah.. 

Ya Allah kau Tabahkanlah hatiku...

Jika ini adalah benar balasan ku yang sering alpa dan leka.. Ya Allah aku terima seadanya.. dan Kau Ya Allah bantulah aku mengharungi ujian Mu ini... kerana Kau sesungguhnya yang Maha Berkuasa dan Maha Menyayangi.

Ya Allah, jika benar dia bukan jodohku, dan aku bukan jodohnya, sesungguhnya aku x mampu.. namun hanya Kau yang Maha Berkuasa... kau palingkanlah dia dariku.. dan palingkan aku dari dia... bantulah kami keluar dari kesedihan ini.. dan Kau limpahkan kasih sayangMu agar kami mampu melangkah untuk meneruskan perjalanan hidup kami...

hanya Mu Ya Allah.. Hanya padaMu Ya Allah aku meminta kerana dari Kaulah kami datang dan kepadaMu jualah kami kembali...

Amin.. Amin.. Amin.. 

Thursday, January 5, 2012

semanis-manis gula..

semanis-manis gula
manis lagi madu
seindah-indah cinta
ada juga yang diam membisu 


semanis-manis gula
manis lagi bahagia
seindah-indah ria
bermakna lagi si duka nestapa
biarpun terluka, hikmahnya tetap ada


semanis-manis gula
manis lagi senyum dan tawa
seindah-indah sempurna
bermakna lagi kekurangan
tanpa kekurangan pastinya tiada sempurna


semanis-manis gula
manis lagi memori indah
seindah-indah  memori indah
kenangan luka akan turut tersemat
jadi pedoman untuk hari yang mendatang


semanis-manis gula
manis lagi madu
manis lagi bahagia
manis lagi senyum dan tawa
manis lagi memori indah


namun
ini semua tidak akan manis
jika tiada


masamnya hubungan
pedihnya luka
tawarnya kekurangan
masinnya kenangan
pahitnya ujian


kerana,
ianya pelengkap pada rasa
resepi untuk memiliki hubungan yang sempurna....