Tuesday, December 14, 2010

satu malam yg sepi.............

bila malam menjadi sunyi dan sepi, pasti aku akan merasa bahawa diri ini kesepian, kerinduan dan kekurangan..... dalam keadaan sebegini, hati aku pastinya menangis merintih kepiluan........ merindukan apa yang masih dalam samaran.. mendambakan kasi yang menyayangi......... mendahagakan kasih sayang tuhan ku yang satu.......... aku hanya insan biasa, aku bisa terleka, tat kala ini lah aku memandang hari semalam, bertapa banyak dosa yang telah diperlalakukan..... tat kala ini lah, aku teringat akan saat nya hilang nya nyawa.. disaat tiada apa yang boleh menghalang, aku pasti hilang dari dunia yang fana, pergi pada alam yang seterusnya...... apakah nasib ku disana???

kekadang aku mahukan sesuatu perubahan, namun setiap perubahan adalah bermula dalam diri kita sendiri, sekuat mana pun iltizam dan tekad, tapi diri masih leka dan alpa, tidak akan kemana juga.... aku sudah pon mencuba, namun aku gagal, aku masih disini, dan masih juga begitu, walaupun disaat aku peralihkan diriku, aku merasa amat tenang... hanya sekali kealpaan ku datang, aku akan terus alpa dan leka.... ampunkan diriku ya Allah, kerana aku merupakan hambaMu yang lemah, tidak mampu menepis godaan dunia dan makhluk yang dilaknat oleh Mu......

Ya Allah... aku tidak layak untuk syurgaMu, namun tidak pula aku sanggup menanggung siksa nerakamu, kurniakanlah ampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku, sesungguhnya Enkaulah pengampun dosa2 besar.....
Ya Allah, Kau berikan lah aku hidayah Mu, Kau berikanlah aku cahaya petunjuk Mu, kau letakkan lah aku, di jaln yg lurus, Kau dekatkan lah aku dengan rahmat Mu, Kau lindungi lah aku dari segala duka dan musibah, sesungguhnya Engkau lah maha mendengar, maha pengasih lagi maha menyayangi...............

No comments:

Post a Comment