Friday, March 18, 2011

lelaki dan pereampuan, dulu dan sekarang

keadaan dulu dan sekarang sangat berbeza.. dan seakan- akan berlawanan. kita ambil kisah lelaki dan perempuan, dulu dan kini....

situasi 1:
nak keluar date
dulu lelaki paling x suke bende ni, sbb komfem awek akan lambat siap.. walaupun dah tunggu setengah jam kat depan pintu, masih ade lagi yg kurabg, baju x match  la, kasut x sedap pakai la, make-up x cantik la, macam-macam lah, tp pokok nya, lelaki akan tunggu perempuan di zaman dulu. apa jadi sekarang? masih lelaki masih menunggu begitu kah? atau pun, perempuan yg bagai nak rak bersiap on-time, tapi menunggu si lelaki x kunjung-kunjung tiba..... lau makan roti canai leh habis dulu sebelum nampak batang hidung si lelaki.. btol x?

situasi 2:
penjagaan diri
perempuan memang dah sedia sinonim dengan penjagaan diri, tetapi lelaki pada zaman dahulu cukup lah sekadar kelihatan kemas, elok mata memandang dan senag didampingi, tetapi lain pula zaman sekarang, penjagaab diri kini amat dititik beratkan oleh kaum adam ini, hinggakan sanggup mendapatkan rawatan muka (facial treatment)... belum masuk yg suke pergi ke spa, wearing lotion n sometimes a lip gloss too!.. sudah hampir dah mengalahkan sesetengah wanita!.. btol kan?

situasi 3:
sensitif
perempuan memang dilahirkan dengan hati yg mudah tersentuh, dan tentunya lebih sensitif dengan lelaki.. sebab itu, dulu perempuan sering kali dikait kan dengan air mata... dan lelaki? susah benor nak nengok dorang ni nangis... tapi sekarang.. aku rase perempuan masih sensitif, tapi tidak lah se-cenggeng dulu, tapi lelaki, bukan nak kata lah, putus cinta, cinta kene tolak, kene marah mak pon boleh nangis! btol kan..

situasi 4:
kemandirian
bagi sesiapa yg x tau, kemandirian ini juge boleh diertikan kepada berdiri di atas kaki sendiri a.k.a berdikari...
lau dulu susah kita nak tengok lelaki bujang ade rumah yg bersih, kemas, tetapi sekarang, interior pon sangat dititik beratkan... bagus. good improvemnt!.;.. hihi, pasni boleh la si isteri menyerah kan tugas menghias rumah kepada si suami kan....

situasi 5:
masak
lelaki zaman dahulu memang tidak pandai memasak, dan kebolehan memasak ni lebih kepada perempuan.... tetapi sekarang, seakan berlawanan, lelaki pandai memasak, sehinggakan menjadi chef terkemuka dunia, tetapi pompuan... ade yg goreng telur pon x tau... buat malu kaum jer... adeh... huhuhuhu

banyak lagi sebenar nye yang berubah, tp sy hanya dapat senarai 5 diatas.... mungkin ade yg tidak sependapat dengan saya, mohon maaf jika itu terjadi yer.. ini hasil pemerhatian sendiri, tidak ade penyelidikan khusus dilakukan.. ok.. peace.. =)

Tuesday, March 15, 2011

apalah erti berkawan?

apakah makna sahabat? 
apakah makna kawan? 
apakah makna teman? 
apakah mereka punya makna yang berbeza?


setiap kali merungkai kisah hidupku, duniaku penuh dengan warna apabila di kaitkan dengan kawan. memang aku suka berkawan dan aku suka membantu.. mungkin itu faktor aku mudah mendapat kawan.. tapi lumrah manusia, kawan datang dan pergi.. bukan masalah pada aku jika kau mahu pergi dari sisi aku.. aku izinkan.. aku tidak punya hak ke atas kamu... pergilah.. semoga aku ditemukan kawan yang lebih setia selepas kamu....


apabila kita bercakap pasal setia seorang kawan.. apakah cara kita mengukurnya? melalui wang ringgit kah? atau disaat susah dan senang? sikap manusia memang mudah alpa.. senang dikaburi dengan wang ringgit dan tak sedar melukai hati kawan yang lain... 


bila ada yang setia ada saja cara tok mengujinya... sedikit kealpaan, sedikit angin hitam sudah mampu tok mengoyang persahabatan yang dibina.. bila persahabatan itu renggang maka putuslah perhubungan yang dibina atas dasar bersaudara....


dalam hal memilih kawan aku bagaikan cetek pemikiran.. aku tidak pernah menolak persahabatan yang dihulurkan.. senyuman dilemparkan, senyuman manis ku balaskan... aku juga setia dalam persahabatan, aku rela mengutamakan kawan- kawan aku dahulu, kemudian baru tentang diriku.. ini bukan lah bermakna aku menjadi 'protective' tapi aku tidak suka untuk melukakan hati kawan, sedikit dia terluka mahupun terasa, semalam aku tidak dapat tidur bahkan mengalirkan air mata!... tapi manusia zaman sekarang tidak punya rasa... diri sendiri lebih utama... hati dan perasaan diri lebih penting dari orang sekeliling.... sahabat di sisi yang setia menabur bakti pon dikata keji..... namun aku sedar, tiada siapa mampu menghalang seseorang berkata-kata, mulut sedia berbicara, bila ada ketikanya, dia bersuara tanpa menghiraukan apa akibat nya...


aku berterima kasih kepada kesemua rakan-rakan ku kerna sanggup berkawan dengan aku.. aku sedar aku bukan sesiapa, bukan anak dato' mahupun orang kaya, tiada pengaruh apatah lagi harta, aku miskin hina dan sekadar anak askar, tidak mampu untuk aku memayungi kamu dengan wang ringgit.. jika rasa diri ini sudah tidak bersesuaian dengan taraf dan sikapmu, aku rela mengundur diri.. tiada masalah... berbahagialah...


ini hanyalah luahan tatkala menjadi sunyi... x perlu ada rasa dihati, jika ada marilah kita bersemuka diri dan muhasabah diri, mungkinkah kita salah mengadili atau pun utama diri... sepuluh jari disusun tanda maaf dipohoni, tarian penaku sampai disini, andai ada masa, kita ketemu lagi.. =)

Wednesday, March 2, 2011

muhasabah diri

tepislah EGO mu,
kerana lah EGO lah manusia jd sombong bongkak dan tidak berperikemanusian

jagalah adab percakapan mu
walau pada kamu itu biasa kadang kala ia tidak pada orang lain

jangan lah terlalu membangga diri
sedangkan kite kecil di sisi Nya

hormati orang disekeliling
tua atau muda kerna mereka punya perasaan

jangan mudah prasangka
kerana ia adalah jalan mula untuk fitnah..

janganlah menganggap diri kita sempurna..
kerana sempurna itu hanya untuk Allah...

jangan lah terlalu mengira hak diri
sedangkan hak Allah yg sepatut kita tunaikan kadang pun tidak dihiraukan

cerminkan diri sendiri
bersikaplah adil pada diri dan alam sekeliling
kita tidak tidak punya hak apa apa...
semuanya milik yang Esa....