Tuesday, March 15, 2011

apalah erti berkawan?

apakah makna sahabat? 
apakah makna kawan? 
apakah makna teman? 
apakah mereka punya makna yang berbeza?


setiap kali merungkai kisah hidupku, duniaku penuh dengan warna apabila di kaitkan dengan kawan. memang aku suka berkawan dan aku suka membantu.. mungkin itu faktor aku mudah mendapat kawan.. tapi lumrah manusia, kawan datang dan pergi.. bukan masalah pada aku jika kau mahu pergi dari sisi aku.. aku izinkan.. aku tidak punya hak ke atas kamu... pergilah.. semoga aku ditemukan kawan yang lebih setia selepas kamu....


apabila kita bercakap pasal setia seorang kawan.. apakah cara kita mengukurnya? melalui wang ringgit kah? atau disaat susah dan senang? sikap manusia memang mudah alpa.. senang dikaburi dengan wang ringgit dan tak sedar melukai hati kawan yang lain... 


bila ada yang setia ada saja cara tok mengujinya... sedikit kealpaan, sedikit angin hitam sudah mampu tok mengoyang persahabatan yang dibina.. bila persahabatan itu renggang maka putuslah perhubungan yang dibina atas dasar bersaudara....


dalam hal memilih kawan aku bagaikan cetek pemikiran.. aku tidak pernah menolak persahabatan yang dihulurkan.. senyuman dilemparkan, senyuman manis ku balaskan... aku juga setia dalam persahabatan, aku rela mengutamakan kawan- kawan aku dahulu, kemudian baru tentang diriku.. ini bukan lah bermakna aku menjadi 'protective' tapi aku tidak suka untuk melukakan hati kawan, sedikit dia terluka mahupun terasa, semalam aku tidak dapat tidur bahkan mengalirkan air mata!... tapi manusia zaman sekarang tidak punya rasa... diri sendiri lebih utama... hati dan perasaan diri lebih penting dari orang sekeliling.... sahabat di sisi yang setia menabur bakti pon dikata keji..... namun aku sedar, tiada siapa mampu menghalang seseorang berkata-kata, mulut sedia berbicara, bila ada ketikanya, dia bersuara tanpa menghiraukan apa akibat nya...


aku berterima kasih kepada kesemua rakan-rakan ku kerna sanggup berkawan dengan aku.. aku sedar aku bukan sesiapa, bukan anak dato' mahupun orang kaya, tiada pengaruh apatah lagi harta, aku miskin hina dan sekadar anak askar, tidak mampu untuk aku memayungi kamu dengan wang ringgit.. jika rasa diri ini sudah tidak bersesuaian dengan taraf dan sikapmu, aku rela mengundur diri.. tiada masalah... berbahagialah...


ini hanyalah luahan tatkala menjadi sunyi... x perlu ada rasa dihati, jika ada marilah kita bersemuka diri dan muhasabah diri, mungkinkah kita salah mengadili atau pun utama diri... sepuluh jari disusun tanda maaf dipohoni, tarian penaku sampai disini, andai ada masa, kita ketemu lagi.. =)

No comments:

Post a Comment