Tuesday, June 28, 2011

kenanGan silAm

hati bagaikan diremuk bila teringatkan kenangan lama
disaat kau pergi tanpa kata
berlalu begitu sahaja
tinggal aku terpinga-pinga
mencari cinta yg hilang

disaat itu
aku bagai tiada arah
tiap apa dilakukan semuanya salah
kerna kau tiada disisi

aku jatuh disudut itu
termanggu
tertunduk menunggu
khabar beritamu


setelah beberapa lama
setelah beberapa ketika
aku sedar kau tidak akan pulang pada cintaku
biarpun aku tulus mencintaimu

ku tetapkan hati
ku kuatkan tekad
ku cuba berdiri sendiri
biarpun pedih
aku kan terus berdiri
dan aku akan melangkah
kerna perjalanan aku masih panjang..
dan aku harus berjuang
melawan perasaan sendiri
menghentikan cinta dihati
ku kosong kan hati
meletakkan kenangan kita jauh disudut hati
biarkan ia menjadi memori
zaman silam yang sangat berduri

Monday, June 27, 2011

cinTa perTama dan KeDua

cinta pertama kekal di ingatan
biarpun cinta kedua sudah mula menapak di hati
yang pertama ku jadikan pengalaman
yang kedua ku jadikan sandaran


cinta pertama akan kekal diingatan
bukan ku curang pada yg kedua
tetapi yg pertama mengajar aku manisnya cinta
biarpun hanya sekerat jalan


cinta pertama kekal diingatan...
biarpun aku sudah punya cinta kedua
kau yang pertama masih dalam ingatan
biarpun angan kita musnah dalam perjalanan


cinta pertama akan kekal diingatan
yang pertama akan terus berada di ruang kecil hati
menjadi pedoman meneruskan perjalanan ini
agar cinta kedua akan lebih indah dan bererti~~

daTe witH tHe m0on

miss my moon
high in the sky
i want fly to you
but i can't
i miss you

there's nothing i can do,
sitting here all night long
hoping that you know that i'am missing you...

moon light up the night...
give the light to him too
i know he is watching you 
because
deep in my heart,
and the wind told me,
that he miss me too.....

kisaH aku Dan DiA

langkah terhenti
seakan tidak percaya
sedang perhati
degup pantas jantungku
benarkah dia berdiri disitu?....

bertahun ku cuba melupakan dia
dan rasanya baru semalam aku bisa menghirup udara tanpa dia
tapi kini kau muncul semula
mengimbau kenangan luka lama

ku langkahkan kaki ini
pergi meninggalkan dia
jauh,
hingga dia tidak lagi kelihatan

tidak sanggup untuk berdepan
membuka parut yg sudah bertaut
memberi rasa pedih dihati
tidak sanggup ku ulangi

aku hanya melayan perasaan
tidak ku sedar
kau menghampiri
hendakku lari,
tapi kau sudah ada disisi

sayu pandangan mu,
sayu juga pandanganku
kau bisikkan maaf padaku
aku hanya membatu
kau katakan ingin kembali padaku
aku hanya diam membisu
kau terus berada disitu menanti jawapan ku

kasih,
sudah cukup pedih kenangan kita
kau tinggalkan aku tanpa kata
kini kau kembali didepan mata
merayu ingin meneruskan kita

kasih,
tiada apa hendak ku kata
hanya maaf, aku ingin berlalu jua
tiada maaf untuk mu si pemain cinta
cukuplah sekali,
tidak kubenarkan untuk kali kedua


kilAt maLam

kilat malam
sekilas pandang
indah membayang awan
dan,
ada juga masa menambah seram
dikala malam yang tenang
kau hadir
menerjah suasana
cuba menarik perhatian
yang kau juga ciptaanNya

kau kilat malam
hadirmu bukan tiap masa
hadirmu hanya seketika
hanya sekelip mata
tiada peluang kedua
hanya itu sahaja

kau kilat malam
indah menghiasi kelam
kau ahli alam
kurang diberi perhatian

kini kau tidak lagi sendiri
aku ada disini
sentiasa menemani
tika dimalam hari
menikmati indahnya alam ciptaan Illahi


Sunday, June 26, 2011

terlanjur menCintai mu...


hatiku sudah buta kerna mencintaimu
telah ku luahkan segala kasih dan sayangku
namun
kau
sedetik tidak kau pernah hargai
tidak pernah juga kau bertanya isi hatiku
betapa butanya aku kerna mencintaimu
dan kini aku harus melangkah pergi
tapi aku tak bisa
kau masih dalam ingatan
pergilah wahai sayang
aku tidak mahu kau disisi
menambah pedih luka dihati

kau nYawakU


kau seakan magis... 
menerangi kelam dihati...
dengan cahaya cintamu...
merubah kelam hati kepada indah bercahaya...

hadir dirimu
menerangi jalan kelamku
kau menjadi sinar pada langkahku
kau lah nyawaku

tiap kali ku bernafas
tiap kali jantungku berdegup
ku inginkan kau sentiasa disampingku

jangan kau pergi
hilang dalam perjalanan
kerna
jika kau pergi
hilanglah arahku
kelamlah perjalanan ku
gelaplah jua hatiku

aKu rinDu

aku rindu..
belai dan tawamu.. 
aku rindu bisik manismu.. 
aku rindu..
kasih manjamu
aku rindu
kau disampingku
biarpun kau pergi seketika
aku tetap rindu....

Saturday, June 25, 2011

pengalaMan laLu

Pintu hati ku sudah terkunci…
Tertutup rapi…
Kuncinya pon telah jauh ku lemparkan..
Entah dimana diamnya..

Aku tidak pernah izinkan sesiapa menyinggah lagi..
Di hadapan pintu pun tidak ku benarkan..
Aku bina satu garisan penghalang..
Untuk dunia yang bergelar cinta..

Pengalaman telah membuatkan aku serik
Untuk percaya pada kaum lelaki
Pedih dihati bagaikan tidak pernah hilang
Membentuk dendam yang menjulang

Terima kasih wahai lelaki
Kau telah menyedarkan aku
Kau kaya dengan helah dan dusta
Perdaya semua wanita dengan kata- kata manis dan rupa
Buat mereka alpa dan leka
Dihujung perjalanan, hilang tanpa seribu kata


Friday, June 24, 2011

dalam diAm aku menCintaimU

aku suka tika kau tersenyum
aku suka tika kau bersuara
aku suka tika kau ketawa
aku suka tika kau bergembira

aku suka tika kau berhujah
aku suka tika kau mula bermadah
aku suka akan tingkah mu
aku kagum dengan lakumu

bila kau hilang dari mata

aku rindu...
aku hilang sesuatu
bagai tidak sempurna hidupku

tidak ku faham
tidak ku mengerti
mengapa aku rasa sebegini
mungkinkah...
dalam diam aku mencintaimu....

Wednesday, June 22, 2011

untuk insan bergelar bapa

kau insan istimewa
gagah mengharung masa
aral yg melintang kau tempuhi jua
untuk mereka insan yang kau cinta

kau insan istimewa
tabah menempuh semua
pelindung mereka setiap masa
kau pemimpin ke jalan sejahtera

kau insan istimewa
kau insan berhati mulia
kau insan bersemangat waja
kau insan tempat bermanja

apa pun sahaja panggilan
abah,
ayah,
abi,
papa,
kau tetap istimewa,
pada kami si cahaya mata..
tiada apa yg boleh dikata...
hanya kasih selagi ada....
ku hujung nyawa kami akan berjasa....

selamat hari bapa, ayahanda...

gelora jiwa

hidup ini rahsia tuhan...
setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi...
semuanya telah tertulis..
tiada apa dapat mengubah
kecuali doa..
berdoalah wahai ummat Nabi Muhammad s.a.w
semoga kehidupan kita diberkati

kita hanya merancang tuhan yang akan menentukan
jika iya bagi Dia.. itulah yg berlaku
jika tidak bagi dia.. tidak lah juga
redhalah
tawakallah
istiqomahlah
ikhlaskanlah hati untuk menjadi hamba Allah s.w.t
semoga kita akan sentiasa dibawah rahmatNya
dikurniakan syafaat..
sentiasa bahagia didunia
bahagia juga di akhirat sana

mencari sinaR

sesak ketika bernafas
mencari ruang untuk menarik hela
dalam selirat rintangan 
akan ditempuh jua...

pandangan dilontarkan ke hujung sinar
mencari sinar si cahaya
untuk membakar  tali halangan
membuka ruang di dada
untuk bernafas
tanpa sukarnya

mencari sinar harapan
keluar dari gudang masalah ini
meringankan beban yang terpendam
membakar dendam yang tersimpan...

Friday, June 17, 2011

kerusi merah

duduk di kerusi merah
resah dengan hati yg berdarah
luka kerna kau melintang arah
tinggal ku seorang dalam gundah

duduk di kerusi merah
gundah mengenangkan hati yg resah
dipujuk tiada endah
terguris hati berparut sudah

duduk dikerusi merah
aku menangis tiada sudah
melihat alam tiadalah indah
semuanya kelam tiada cerah

duduk dikerusi merah
menyesal aku tiada sudah
mencurah kasih pada yang salah
tersiksa jiwa merawat luka parah

bunga mawar putih

gadis si mawar putih,
berbaju putih dikala pagi...
bibir bak delima merah menawan hati
tersenyum malu bila diperhati..

hai si gadis mawar putih
mawar putih bunga pilihan
suci bersih dan dipandang cantik
indah nian cintaan alam

mawar putih kembang berseri
didalam taman tegak berdiri
menjadi pilihan ramai pembeli
namun, dia sudah pilihan hati

mawar putih ditengah taman
dikiri dan kanan ada teman
mawar putih suka berkawan
tiada masalah marilah memula ikatan

malam datang dan pergi
mawar putih duduk sendiri
mencari makna hidup sendiri
sebelum layu, jatuh ke bumi

sungguh indah puisi pagi
memuji alam yg indah sekali
mana dia si mawar putih itu tadi
sudah hilang mencari erti diri

hilang kata dan hilang bicara
jalan cerita sudah berbeda aliran
ingin ku ketawa sendiri
bersama sidia mawar putih disisi

seloka indah direka sudah
ceritanya ada pada si mawar yang indah
cantik nya tetapi haruslah waspada
tersilap langkah berdarah akibatnya
kerna dia berduri sifatnya
sudah siap pertahan dirinya

keluhan si mata pena

setiap kata-kata kan ada makna
terpulang pada manusia untuk menzahirkannya
apabila yg terungkai
beribu fahaman akan dilahirkan
kita hanya menyusun kata
pembaca akan menafsirkan
apakah intipati nya sama
kerna manusia itu berbeza
pasti intipatinya juga akan berbeza
namun,
bagaimanakah untuk menyampaikan hasrat terbuku dihati..
jika kata yang disusun tiada yang mengerti?
apakah akan terhenti sendiri?
atau pun susun kata akan bermula lagi

Wednesday, June 15, 2011

cerita denGan bayu

pohon rendang disapa bayu
meliuk daun kering jatuh ke bumi
fenomena indah....


tatkala melihat daun terbang ditiup angin
wajahmu menerjah di ingatan
senyum dan tawa mu terbayang di mata...


teringat aku masa dulu
sama berdua melihat daun jatuh ke bumi
seperti ini pada waktu ini....


bayu telah membawa ku zaman silam
diwaktu kita menjalin kasih
kenangan indah kita berdua...


desir angin membuat kan aku rindu
rindu pada kita dahulu
gurau senda tika disapa bayu...


kini bayu juga memisah kan kita
aku disini dan kau disana
meneruskan perjalanan yg ada...


bayu sampaikan salam rinduku
pada dia kau bisikkan kasihku
kerna bayu lah jambatan kenanganku


memori ku sentiasa ada pada bayu
tiap kali disapa bayu
dan,
pada bayu lah tempat ku lepaskan rindu
terbang pergi menyapamu......











Monday, June 13, 2011

bicara cintA haTi

hati rindu
nak cakap tp x mahu
mcam mane nak bagi tahu
kalau hati tgh rindu?

oh angin yg menderu
sampaikan salam rindu ku
untuk si dia yg aku rindu
si dewata hati ku

untuk si dia raja hatiku
rinduku hanya untukmu
sudah ku ikhlaskan hatiku
mencintaimu setulus hati ku

ku harap kau pun begitu
mencintai hanya diriku
menyayangiku sepenuh hati mu
dan terima seadanya aku

Wednesday, June 1, 2011

bicara haTi

biar hati melakukan segala nya
bila hati sudah berbicara mulut x perlu berkata apa- apa
ikut sahaja kata hati 
akan muncul kebenarannya nanti
bukakanlah pintu hati
menerima dia insan yg sejati
dengarlah wahai hati
pujuklah dirimu untuk membuka ruang untuk si dia
terbitkan lah kasih dihati
jangan biar ada yg terluka lagi