Wednesday, June 22, 2011

untuk insan bergelar bapa

kau insan istimewa
gagah mengharung masa
aral yg melintang kau tempuhi jua
untuk mereka insan yang kau cinta

kau insan istimewa
tabah menempuh semua
pelindung mereka setiap masa
kau pemimpin ke jalan sejahtera

kau insan istimewa
kau insan berhati mulia
kau insan bersemangat waja
kau insan tempat bermanja

apa pun sahaja panggilan
abah,
ayah,
abi,
papa,
kau tetap istimewa,
pada kami si cahaya mata..
tiada apa yg boleh dikata...
hanya kasih selagi ada....
ku hujung nyawa kami akan berjasa....

selamat hari bapa, ayahanda...

No comments:

Post a Comment