Tuesday, June 28, 2011

kenanGan silAm

hati bagaikan diremuk bila teringatkan kenangan lama
disaat kau pergi tanpa kata
berlalu begitu sahaja
tinggal aku terpinga-pinga
mencari cinta yg hilang

disaat itu
aku bagai tiada arah
tiap apa dilakukan semuanya salah
kerna kau tiada disisi

aku jatuh disudut itu
termanggu
tertunduk menunggu
khabar beritamu


setelah beberapa lama
setelah beberapa ketika
aku sedar kau tidak akan pulang pada cintaku
biarpun aku tulus mencintaimu

ku tetapkan hati
ku kuatkan tekad
ku cuba berdiri sendiri
biarpun pedih
aku kan terus berdiri
dan aku akan melangkah
kerna perjalanan aku masih panjang..
dan aku harus berjuang
melawan perasaan sendiri
menghentikan cinta dihati
ku kosong kan hati
meletakkan kenangan kita jauh disudut hati
biarkan ia menjadi memori
zaman silam yang sangat berduri

No comments:

Post a Comment