Thursday, October 13, 2011

puisi untuk bulan

hatiku sayu melihat bulan
biarpun engkau bersinar bahagia
tapi cahayamu mencerita seribu makna
biarpun ada yang suka
tapi hatiku tetap merasa dukanya
sayu yang meruntun jiwa


terang cahayamu,
membuka senyuman hati hati yang kecewa
kau bulan
kau kekasih yang setia
kau hadir tika kelam hatiku bermula
kau indah menyimbah cahaya
membuka mata hati si pencinta
hatinya pedih kerana terluka
hati yang terguris cuba dirahsia
apakan daya terlahir jua dari kata kata


tolong bulan tolonglah sayang
berikan aku penawar duka
duka kerna hatiku luka
maafkan aku wahai pencinta
aku hanya insan biasa
yang suka memendam rasa
tiba masanya,
terlerai juga segala rahsia...

No comments:

Post a Comment