Rumah ibu zakuan terletak di Melaka. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam. Ya lah, shah alam ke Melaka bukan lah jauh mana pun.
‘senyap je ari ni, lissa takut ke?’, Tanya zakuan padaku
‘eh tak adalah’. Ringkas jawapanku
‘habis tu kenapa senyap je?’, zakuan bertanya lagi
‘tak ada apa-apa lah wan, maybe lissa penat je sikit, tidur lambat malam tadi, siapkan assignment.
Ye lah, kalau nak jalan-jalan, kerja-kerja kene siapkan dulu, balik nanti tak adalah stress nak siapkan kerja’, jelasku pada zakuan.
‘owh ye ke?, tak apa lah kalau macam tu, kalau sayang mengantuk, sayang tidurlah dulu, nanti sudah sampai, wan kejutkan’, tambah zakuan.
‘ermm tak apalah’, balasku.
Aku bukan mengantuk pun hendak tidur, Cuma risau. Nota ikhwan padaku dulu masih segar. Aku hanya perempuan kampung yang tak punya apa-apa.
Aku membiarkan diriku bermain perasaan. Aku perhatikan di kiri dan kanan. Ku perhatikan gelagat pemandu dan dalam diam aku memerhatikan zakuan. Nampak diwajahnya dia seakan girang, tapi seperti ada kerisauan. Dan ada juga ku lihat seperti didalam dilemma.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
‘sayang, kita dah nak sampai’, lembut suara zakuan mengejutkan aku
‘ha?’, respon ku.
‘sayang, kita dah nak sampai’, ulang zakuan
‘ha?’, balasku lagi
‘kita dah nak sampai lah sayang’, jawab zakuan.
‘ha’?’, balasku lagi. Bukan tidak dengar atau tidak faham. Saja aku mengenakan zakuan.
‘sayang ni saje je eik, nah amik ni’, laju sahaja tangan zakuan mencubit hidunku.
Tingkah laku zakuan yang spontan tu membuatkan aku menjerit. Ketawa besar dia melihat aku menjerit, barang kali puas dapat mengenakan aku kembali.
‘tulah kenakan wan lagi, kan da kene cubit kat hidung tu’, tambah zakuan dalam ketawa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
‘Assalamulaikum, ibu, wan da sampai ni’, kata zakuan.
Aku hanya senyap. Ku perhatikan kawasan sekeliling, seakan pernah ku datang, tapi, mungkin juga sekadar déjà vu.
‘walaikumsalam, masuklah, bawak lah Melissa masuk wan, tak kan nak duduk di luar tu plak’, ibu zakuan membalas.
Aku bagaikan terpana, terkesima, jantungku berdegup kencang. Perempuan ini seakan pernah aku jumpa, tapi dimana. Suara itu juga seperti biasa ku dengar.
Sewaktu melangkah kaki ke dalam rumah, jantungku berdegup tambah kencang.
‘melissa, duduklah dulu, sekejap ye, ibu nak ke dapur’, kata ibu zakuan pada lissa.
Aku hanya menunduk. Diam. Hatiku bagaikan terkena panahan petir setelah aku terlihat potret keluarga zakuan, yang ternyata dia bukan anak tunggal seperti dia ceritakan pada aku. Ada seorang lagi lelaki berdiri sebelah zakuan. Mukanya teramat aku kenal. Sangat kenal.
‘tak mungkin’, hati ku berdetik.
‘wan, siapa lelaki ini?’, aku bertanya pada zakuan. Aku mendapat kepastian siapakah lelaki itu.
‘dia?, Dia arwah adik kembar wan, ikhwan’, dengan tenang zakuan menjawab.
Aku bagaikan terkena panahan halilintar. Nama itu yang disebut. Tetapi, zakuan menyebut arwah, apakah yang sebenarnya yang terjadi?
‘arwah?’, soalanku meminta penjelasan.
‘lissa, mari duduk sini, biar ibu ceritakan semuanya’, panggil ibu zakuan.
Ya, memang aku perlukan penjelasan. Adakah ini hanya sandiwara, apakah yang sebenarnya yang berlaku, ikhwan? Dan kenapa pula zakuan berhubungan denganku? Terlalu banyak persoalan.
‘lissa, mula-mula, ibu nak mintak maaf dari pihak ikhwan. Dia terpaksa tinggalkan lissa macam tu.
Masa tu dia tak dapat terima, diri dia. Masa tu dia disahkan ada tumor’, ibu zakuan memulakan bicara.
‘tumor?’, soalku.
‘ya, tumor, dan ketika kami mengetahui hal itu, ianya sudah terlambat. Munurut doktor, sudah tidak ada apa yang boleh dibuat’, jelas ibu zakuan.
‘ikhwan berkeras tak nak bagi tahu lissa, ibu sudah berkali cakap dengan dia, jangan buat lissa macam tu, bagi tahu lissa. Ibu tahu, lissa ikhlas menyayangi ikhwan, tapi ikhwan tetap berkeras. Sampai kami berpindah’, tambah ibu.
Tidak ada apa yang boleh aku fikir ketika ini. Fikiran aku hanya teringatkan ikhwan. Cinta pertama hati. Apakah dia fikirkan ketika bertindak sedemikian? Tidakkah dia fikirkan aku? Tidakkah dia sedar bahawa aku sangat menyayangi dia dan aku ikhlas. Susah senang aku akan bersama dia. Itu janji aku dulu. Dalam tak sedar, air mata aku gugur juga ke bumi.
‘semasa kami baru berpindah setahun yang lepas, keadaan dia semakin teruk. Dia dah tak ingat dia siapa, dia sudah tak boleh uruskan dirinya sendiri’, sebak ibu menambah.
‘sebulan je dia macam tu, dia meninggal’,
Aku bagaikan gila mendengar penjelasan ibu ikhwan, yang juga ibu zakuan. Tergamak ikhwan membuat aku begitu semata-mata tidak mahu berkongsi deritanya dengan aku. Apakah dia tidak mempercayai aku? Beribu soalan yang bermain di mindaku, yang pastinya hanya ikhwan yang mampu menjawab.
Kemudian aku memandang pada zakuan. Pandangan yang meminta penjelasan. Semasa aku dengan ikhwan, pernah sekali aku ditemukan dengan kembarnya. Pada masa itu, zakuan bukan seperti sekarang. Kenapa aku tidak mengenali dia.
‘maaf lissa. Lissa memang tak cam wan kan. Ya lah, ikhwan pernah jumpakan kita sekali sahajakan lissa. Masa itu pun wan berambut panjang selekeh tak lah seperti sekarang kan. Mula-mula kita berkawan dulu. Wan harap lissa boleh perasan wan, tapi memang lissa memang tak perasan’, jelas wan.
Aku hanya terdiam. Ada makna juga selama ini aku lihat zakuan memang mempunyai banyak persamaan dengan ikhwan.
‘lissa, wan ikhlas menyayang lissa, wan harap, lissa juga begitu. Ya, asalnya, ini adalah wasiat ikhwan, tapi apabila wan kenal dengan lissa, wan sudah jatuh cinta dengan lissa’, tambah zakuan lagi.
Aku hanya mampu terdiam. Kematian ikhwan, dan kemudian menyambung kasih dengan kembarnya membuatkan aku rasa seperti aku gila.
‘lissa…’, lembut tangan ibu menyentuh tanganku.
‘maafkan ikhwan, maafkan ibu, maafkan zakuan’, pinta ibu.
‘lissa ini untuk lissa, arwah tinggalkan untuk lissa’, zakuan menghulurkan satu sampul surat.
Aku ambil lantas aku buka dan baca.
sayang ku Melissa,
maafkan wan, wan terpaksa tinggalkan lissa, wan tak mahu lissa melihat wan macam ni, tak berdaya, perlu sokongan orang lain.
Wan tak mahu lissa sedih tengok wan. Wan tak nak tengok lissa menangis. Bagi wan, biarlah wan buat lissa benci dengan wan, wan tak kisah, janji wan tak mahu tengok lissa sedih tengok wan macam ni.
Kalau lissa baca surat ni, maknanya, lissa da jumpa dengan zakuan, abang kembar wan. Lissa, terimalah dia macam lissa terima wan ya. Wan tahu dan wan percaya, dia akan menjaga lissa. Lebih baik dari wan menjaga lissa.
Sayang, wan minta maaf ya. Halalkan segala makan dan minum wan, maafkan segala salah dan silap wan, kalau ada hutang wan pada lissa, wan minta lissa halalkan ya…
Yang menyayangi dan terus menyayangi
Ikhwan.
Aku hanya terpaku dan membatu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
‘Saya sayang awak’
‘saya sayang awak’
‘saya sayang awak’
Lembut sang suami mengejut si isteri
‘saya sayang awak juga’, si isteri membalas kata-kata si suami.
Senyuman terukir di wajah dipasangan tersebut.
‘lissa, terima kasih sayang, sebab bagi peluang pada wan’, satu kucupan mesra berlabuh di dahi Melissa
Melissa hanya membalas dengan senyuman.
Didalam hatinya berdoa, Ya Allah panjangkanlah umur jodohku dengan lelaki ini, kurniakanlah kami rezeki yang melimpah ruah, kau cucuri lah rahmat pada insan yang menemukan kami, letakkanlah dia diantara orang-orang yang beriman.
‘sama-sama sayang. Terima kasih juga kerana sudi menyayangi lissa’, tambah lissa.
Bahagialah hendaknya mereka dalam melayari bahtera duniawi.
No comments:
Post a Comment