‘linda, esok akan berjumpa dengan ibu zakuan’, aku memberi tahu linda.
Linda seakan-akan tidak percaya dengan apa yang aku katakan sebentar tadi.
‘heh, kau ni, aku cakap dengan kau ni.. pelik, selalunya kau bising bila aku cakap dengan kau, ari ni kau senyap pulak, buat muka macam tu lagi tu.. lawak lah’, seloroh ku dan aku ketawa.
Sememangnya raut wajah teman aku itu sangat menggelikan. Matanya buntang, mulutnya ternganga. Dengan pose dia yang macam nak terbang, kalah superman. Tak mampu untuk aku menahan geli hati ku.
‘kau biar betul lissa, kau sudah bersedia ke nak jumpa dengan ibu dia? Kau pasti dia ikhlas nak jumpakan kau dengan ibu dia? Kau pasti yang dia tak buat macam mana ikhwan buat pada kau?’, balas Linda
Ya ikhwan, nama itu. Sudah lama aku padamkan dari kotak ingatan. Dan tatkala linda menyebutnya, barulah fikiran aku melayang kembali pada zaman silam.
‘wan nak bawak lissa jumpa mama’, ikhwan berkata padaku.
Aku hanya tersenyum. Sememangnya aku sudah bersedia untuk berjumpa dengan mama ikhwan. Sudah lama kami berkawan, sudah tiba masanya untuk dia mengenalkan aku pada keluarga dia.
Mama ikhwan memang baik orangnya. tidak pernah dia merendahkan aku walaupun dia tahu aku ini hanya gadis kampung yang tidak berayah dan beribu.
Namun aku hanya berkesempatan untuk berjumpa mama ikhwan hanya dua atau tiga kali. Aku tidak pasti. Kemudian ikhwan menghilangkan diri. Sebelum kehilangan ikhwan, dia ada berpesan pada aku, dia berpesan;
‘jangan ingat pada aku lagi,
jangan jatuh cinta pada aku lagi,
jangan cari aku lagi,
aku dah tak cintakan kau.
Pergi kau dari hidup aku, kau bukan ada apa-apa, hanya gadis kampung yang tak ada harta. Ibu ayah pon tak ada.
Dah la tu nak berkongsi kasih mama aku pulak. Simpanlah angan-angan kau tu. Angan-angan kau tu tak kan jadi kenyataan!
Aku benci dengan kau.
Sila keluar dari hidup aku!’
Itulah nota terakhir dari ikhwan. Nota itu dia berikan setelah aku bertengkar dengan dia pasal aku dapat tangkap dia merokok.
Padahal itu hanya perkara kecil, dan aku tidak menyangka ikhwan akan bertindak seperti itu.
Bukan aku tidak mencari ikhwan selepas aku menerima nota itu. Puas aku mencari dia. Nombor telifon bimbitnya sudah tidak aktif, malahan apabila aku pergi ke rumah dia, dia dan keluarganya sudah berpindah. Aku buntu. Aku perlukan penjelasan dari dia waktu itu.
Kerana rokok aku hilang cinta hatiku.
Aku derita kerana aku ditinggalkan sebegitu. Tanpa penjelesan yang kukuh. Aku termanggu dan aku terduduk.
Sememangnya ikhwan adalah cinta pertama aku. Dan aku menyayangi dia sepenuh hati aku. Dan aku tidak mungkin mampu hidup tanpa dia disisiku.
Sebab itulah linda amat benci pada ikhwan.
‘lissa aku bukan apa, aku Cuma takut kalau-kalau lepas ni dia buat macam ikhwan buat. Dia kenalkan kau dengan ibu dia, bila kau dah bulatkan hati kau pada dia, bergaduh sikit, dia tinggalkan kau, macam ikhwan buat pada kau, aku tak mahu tengok kau menderita macam dulu. Dengan tak mahu makan, dah macam mayat hidup tau tak kau dulu’, penjelasan linda membawa aku kembali pada alam realiti.
Aku tersentak. Ya, memang disudut hati aku ada kerisauan. Dan memang ya aku takut perkara itu berulang. Tapi sampai bila aku harus hidup dalam bayangan ikhwan.
‘linda, aku tau tu, insyaAllah zakuan tak macam tu’, jelasku lemah.
Kata-kata linda mematikan semangat aku untuk berjumpa dengan ibu ikhwan.
Kebimbangan mula merajai jiwa hati Melissa. Baju kurung biru belian zakuan untuk kelmarin dipandang hampa, tiada ceria. Namun diambil juga dan digosok, untuk dipakai ketika bertandang ke rumah zakuan.
No comments:
Post a Comment