Sunday, September 18, 2011

aku dia dan kamu (3)

Melissa, sudah hampir enam bulan hubungan kita tercipta, tidak kah mengenali aku?

Wan, itu lah kau, susah sangat nak jumpa aku dengan dia. Aku mengomel sendirian.

Aku mengambil satu surat didalam laci di meja studiku.

Diatas sampul, tertera;

‘untuk zakuan’

Surat amanah yang ditinggalkan ikhwan pada zakuan. Surat yang meminta zakuan menjaga kekasih hatinya Melissa. Surat yang isinya ada menceritakan kisah ikhwan dan Melissa.

Zakuan tahu kisah ikhwan dan Melissa. Zakuan tahu bahawa tindakan ikhwan memberi derita pada lissa.

‘wan, biarpun aku dulu hanya menjalankan amanahmu, tetapi kini aku mengerti mengapa kau jatuh cinta pada dia’. Zakuan bermonolog sendirian sambil menatap gambar Melissa yang juga turut berada didalam sampul itu.

Sememang Melissa memang gadis melayu yang menjadi kegilaan lelaki jika lelaki mengetahui sifat sifat Melissa.

Melissa sangat baik, pandai menghormati orang tua, tahu didikan agama, belajar pon pandai, comel, manja dan yang paling penting, dan ini yang paling aku suka, Melissa sangat bertanggungjawab dan dia pandai membahagikan masanya untuk menunaikan tangunggjawab dia, pada tuhan pada aku, Linda, keluarga Linda.

Zakuan pasti, sebab itulah ikhwan mahukan dirinya untuk menjaga Melissa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

‘bila wan nak bawak Melissa datang sini?’, soal pn Zakiah.

‘ibu sudah bersedia untuk berjumpa dengan lissa?’. Soalku pula

‘kenapa wan Tanya ibu macam tu?, wan, ibu dah lama bersedia untuk berjumpa dengan Melissa. 

Dia berhak tau wan apa yang sebenarnya terjadi pada ikhwan’, jelas ibuku.

Sayu aku melihat wajah ibu. Pasti dia amat merindui Ikhwan.

‘baiklah bu, sebenarnya wan dah cakap ngan lissa, nak bawak jumpa ibu, Cuma tak tahu bila yang sesuai je. Wan tengok ibu asyik sibok je kebelakangan ni, tu pasal senyap je’. Kataku.

Ibuku tersenyum. Pasti dia mengakui dalam hatinya bahawa dia memang agak sibok dengan hal hal kemasyarakatan di tamannya. Itulah perkara yang boleh dia lakukan setelah perginya arwah ayahku.

‘ibu, kalau kita dah bagitau lissa nanti, agak-agak, dia akan masih sayangkan wan ke tak ea bu?’, aku meminta pendapat ibuku.

Sememang ada sedikit kerisauan didalam hati aku, bimbang jika Melissa tidak dapat menerima perkara yang sebenar. Aku sememangnya sudah menyayangi Melissa seikhlas hatiku.

‘wan ikhlas sayangkan lissa? Atau wan hanya ingin menjalankan amanah wan saja?’, ibu bertanya padaku.

‘ibu dulu, memang wan ingin hanya menjalankan amanah ikhwan, tapi bila sudah bersama dengan lissa, wan rasa sayang dengan dia ibu, wan sudah jatuh dengan dia bu’, jelasku pada ibu.

Ibu mengukir senyuman. ‘wan ibu pasti, dia juga seperti wan, jika hati dia berpaling pun, wan bersabarlah dengan dia, berikan dia masa, bila semuanya sudah reda, pasti dia akan menerima wan seikhlas hati dia’. Jelas ibu padaku.

Aku hanya membatu mendengar penjelasan ibu. Aku sebenarnya takut jika setelah memberitahu kisah yang sebenar, Melissa akan kembali terluka, dan mengabdikan cintanya kembali pada ikhwan, sedangkan aku mencintai dia. Aku takut untuk kehilangan Melissa

‘Ya Allah, berikanlah aku petunjuk’.  Hatiku berkata.

No comments:

Post a Comment