Friday, September 16, 2011

aku dia dan kamu (1)

‘Terang jugak bulan malam ni, cantik sangat, da lama tak nampak bulan bersinar macam ni’, detik hati Melissa. Aku tersenyum sendirian sambil menikmati indahnya malam.

Dalam aku asyik melewati keindahan malam, dia di sergah oleh Linda. Sememangnya Linda memang begitu. Suka benar dia melihat aku keadaan gelabah dan terperanjat.

‘astagfirullah Linda, lau aku ni ada lemah jantung da lama da aku kojol kene keje ngan kau ni’, aku mengomel.

Lantas Linda menjawab ‘ala engkau tu yang leka sangat, da lama aku dok berdiri kat sini, kau bukan perasan. Aku cakap-cakap dengan kau tapi tak ada respon, ape lagi, aku sergah la’.
‘ha ye lah tu, ade apa Linda? Ada apa- apa yang boleh aku bantu?’, Tanya aku pada teman sebilikku yang juga sahabatku sejak dari sekolah menengah.

‘ tak ada apa-apalah Lissa, aku cuma Tanya tadi, apa yang kau tengok, sampai x berkelip mata kau tu’, terang Linda.

Aku tersenyum melihat sahabat aku itu. Bukan apa, bukan dia tidak tahu bahawa ini hobi aku. Sememangnya aku memang menantikan malam untuk melihat bulan. Tambah pula malam ini di pertengahan bulan, pastinya bulan akan bersinar penuh.

Termanggu Linda apabila aku hanya sekadar memberi senyuman sebagai jawapan.

‘senyum je lah yang kau tau Lissa’, sindir Linda dan dia berlalu ke meja studinya, menyambung ulang kaji kali.

Itulah Linda, teman aku sejak dari bangku sekolah, dialah tempat aku bercerita segala masalah, tidak kira lah sama ada yang duka mahupun ceria. Tambahan pula, sejak kematian ibu bapa ku dulu, keluarga dialah yang banyak membantu, sehingga sekarang, sehingga aku berada di universiti ini. Hubungan aku dengan Linda bukan sekadar sahabat, malahan aku sudah menganggap dia sebagai saudara.

Dalam aku leka memerhatikan gelagat Linda mengulang kaji, sekali lagi aku disergah. Cuma kali ini, bukan dari Linda, Cuma telifon aku nyaring menyanyikan lagu Melly Goeslow, ketika cinta bertasbih tanda aku menerima mesej.

Dengan segera aku mendapatkan telifon bimbitku.

Diatas skrin tertera mesej dari Zakuan. Lantas aku buka dan baca.

‘ Melissa, saya ikhlas ingin berkawan dengan awak’.

Mesej yang ringkas dari Zakuan, tapi sudah cukup memeningkan kepala aku ini. Bukan aku tidak mahu berkawan dengan dia tapi wajah dia sangat mirip dengan bekas kekasih ku dulu, Ikhwan. Jika aku berkawan dengan Zakuan, aku berasa aku kembali bersama dengan Ikhwan dan aku tidak mahu itu. Sudah banyak pedih hati ini menahan derita ketika hubungan aku dengan Ikhwan dan tidak mungkin aku akan kembali pada dia. Tapi, Zakuan bukan Ikhwan, jauh disudut hati aku berdetik.

‘hai Lissa, tadi tersenyum-senyum, sekarang  berkerut- kerut pulak dahi  tu aku tengok, kalah kertas yang aku remuk- remuk ni. Siapa yang mesej kau tu? Lain benar rupa kau bila kau baca mesej tu. Ada apa – apa kah?’, tegur Linda.

‘tak ada apa-apalah Linda, kau ni ada ada sajalah, aku senyum salah, berkerut pon salah’, aku mengomel lagi.

‘siapa yang mesej kau tu? Mesti ada apa apa kan, aku tau benar da kau tu Lissa, tak payah kau nak sembunyikan dari aku’, Linda berkata lagi

Aku mengeluh. ‘Linda, kau memang sahabat yang baik, tapi, memang betul, tidak ada apa-apa, kalau ada apa-apa, aku pasti ceritakan pada kau.. lagi pon aku bukan ada siapa siapa lagi kalau aku mahu cerita, aku Cuma ada kau sorang saja’, cepat aku mematikan rasa ingin tahu Linda.

Bukan aku tidak mahu beri tahu dia, Cuma belum masanya.

‘sebab itu lah aku mahu tahu, aku tau kau tak ada tempat lain nak bercerita, melainkan dekat aku. Aku tak mahu kau pendam, nanti kau sakit pula. Aku jugak yang susah’, balas Linda

Aku tersenyum pada Linda.

‘tengok tu senyum pulak, kau ni ok ke tidak?’, soal Linda padaku

Aku hanya mampu ketawa sahaja melihat gelagat Linda.

‘aku ok lah linda, hish apa la kau ni, dah pergi sambung belajar, kan besok kau ada exam’, balasku.

‘hish, nasib baik aku exam besok, kalau tidak, aku akan soal siasat kau macam Horatio Cane siasat suspek dia.. hahaha’, Linda kembali mengambil tempat di meja studinya.

‘ada-ada saja kau ni lah, nanti kau mau tidur, jangan lupa padam lampu ya, aku nak tidur da, mengantuk pulak’, pesan ku pada Linda

Linda hanya membalasku dengan menggunakan isyarat tangan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku tersentak apabila jam locengku berbunyi. Segera aku melihat jam ketika itu. Ya Allah sudah hamper 6.30 pagi. Lantas aku bangun untuk menunaikan solat subuh. Dalam kekalutan itu juga, aku kejutkan Linda, barangkali dia tidur lewat malam tadi, mungkin sebab itu dia juga terlajak.
Sudah pasti dia lambat tidur dan dia terlajak, yang aku ni tidak ada buat apa-apa, kenapa pulak aku nak terlajak? Aku membebel pada diri sendiri.

Selesai aku solat subuh, segera aku bersiap untuk ke kolej. Aku ada kelas jam 9 pagi kelas En Zamir, dan dia tidak suka pelajarnya datang lewat ke kelasnya. Memandangkan rumah sewa ku agak jauh dari kampus, maka terpaksalah aku bertolak awal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ketika di kolej, selepas berakhirnya kelas En Zamir, selama 2 jam itu, aku bergerak ke perpustakaan. Sudah aku berjanji pada Linda, aku akan menunggu dia di sana sehingga dia habis ujian.

Sedang aku leka membuat tugasan yang di bagi oleh pensyarah, tiba- tiba, ada orang duduk bersebelahan dengan aku.

Hatiku berdetik sudah tidak adakah meja yang kosong hingga nak duduk disebelah aku. Aku hanya diam dan meneruskan kerja-kerjaku.

‘Melissa’, dia menegur.

Siapakah ini? Eh dia tegur aku lah… segera aku berpaling dan.. hampir saja jantung ku tercabut, apabila melihat Zakuan di sebelahku.

Tersenyum dia melihat aku yang terperanjat dan gelabah.

‘Hish mamat ni, macam mana dia tahu aku kat sini, dah lah tak bagi salam, tiba-tiba je panggil nama aku, mahu nye tak aku terkejut beruk’, aku bermonolog.

‘Kenapa Melissa? Kenapa macam Nampak hantu?’, Zakuan bertanya dengan di ekori dengan ketawa kecil.

‘Ehh mamat ni’, aku mengomel dalam hati aku.

Aku membalas, ‘ya saya Nampak hantu, kalau orang dia dah bagi salam, dan akan mintak izin saya terlebih dahulu sebelum duduk di sebelah saya, bukan main duduk je then panggil nama saya!’. Puas hati aku, nah ambiklah buah paku keras dari aku.

Zakuan hanya mampu ketawa mendengar jawapan aku.

‘ye la Lissa, wan mintak maaf ye, lain kali wan akan bagi salam , mintak izin nak duduk sebelah Lissa, ok’, balas Zakuan.

‘Wan’, nama itu. Nama itulah ikhwan membahasakan dirinya dulu.

Apabila melihat aku senyap tanpa kata, Zakuan menegur lagi, ‘Lissa marah ke wan duduk kat sini?’.

Aku tersentak dari mengingat kisah lama. ‘eh tak adalah wan, tempat ni kan hak milik kolej, student- student kat sini boleh duduk mana-mana dia nak duduk. Tak kan lah Lissa nak larang pulak, lagi pon kerusi yang wan duduk tu bukan ada nama lissa pon’, jawabku.

Setelah mendengar penjelasan aku, Zakuan hanya menundukkan kepala dan tersenyum. ‘kalau begitu, wan nak duduk sinilah’, balasnya. Dia kemudian meneruskan kerja-kerjanya.

 ‘Lissa, tidakkah kenal kau pada aku?’, Zakuan berdetik didalam hati.

No comments:

Post a Comment