Saturday, September 17, 2011

aku dia dan kamu (2)

‘Wan, aku dah jumpa dengan dia, aku akan tunaikan janji aku pada kau dulu’, Zakuan berkata dalam hati.

Sedang Zakuan memandu untuk pulang ke rumah, dia terlihat Melissa berada di perhentian bas. Segera dia berpatah balik.

“Assalamulaikum Lissa, awak nak balik ke? Mari wan hantarkan”, 

“Eh, Wan,  tak apalah, susahkan Wan je, lagi pun sekejap lagi bas datanglah”. Balas Melissa.

“ Eh mana ada susah kan, Lissa tinggal kat Taman Muhibbah kan, rumah wan kat belakang tu je”. Jelas Zakuan.

Melissa tiada alasan lagi nak menolak apabila melihat Zakuan telah membukakan pintu kereta untuknya.

Sepanjang perjalanan itu, Melissa banyak diam. Bukan Zakuan tidak mulakan cerita, tapi kurang mendapat perhatian Melissa.

Dalam hati Melissa, ‘Ya Allah, kenapa aku dipertemukan dengan dia, dia amat iras dengan Ikhwan’. Bukan saja raut wajahnya yang hampir sama, tapi tingkah lakunya juga. Ikhwan adalah Kekasih hati Melissa yang menghilangkan diri tanpa berita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malam itu, aku bertanya pada Linda, ‘Linda, kau tak rasakah yang Zakuan tu macam Ikhwan?’.

‘Maksud kau apa Lissa?, dari apa yang aku Nampak, dia memang ada iras Ikhwan. Eh tiba-tiba je kau sebut pasal Ikhwan. Lissa, buat apa kau nak sebut pasal lelaki tu. Pandai tabur janji je, bila kau da tanam sayang, suka- suka hati je nak hilang kan diri. Sampai sekarang kan kau tak tahu mana dia pergi. Aku yang ada dengan kau Lissa, aku yang tengok kau terseksa. Aku tak nak tengok kau macam dulu’. Linda membebel.

Sememangnya Linda amat tidak menyukai Ikhwan setelah dia menghilangkan diri. Setelah dia membuat aku terseksa. Pada Lindalah aku bercerita. Linda jugalah yang membantu aku untuk meneruskan hidup walaupun separuh dari jiwa ragaku telah dibawa oleh ikhwan.

Akibat bebelan Linda. Aku hanya senyap dan terdiam. Aku biarkan saja hati aku bermain. Kembali mengingati pada Ikhwan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

‘ibu, wan da jumpa dengan Melissa’, kata Zakuan pada ibunya.

‘Ye ke wan, baguslah. Nanti bila tiba masanya, kita akan beritahu dia perkara yang sebenarnya’. Balas Pn Zakiah pada anak sulungnya itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah beberapa kali mencuba memujuk Melissa supaya menerima dirinya, akhirnya Melissa bersetuju. Zakuan tersenyum riang, apabila segala usaha untuk berkawan dengan Melissa akhirnya membuahkan hasil.

‘terima kasih Lissa, kerana akhirya sudi berkawan dengan wan. Wan sayang Lissa’, sebuah mesej pendek dihantar kepada Lissa. 

Ringkas tapi penuh dengan makna.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku tersenyum simpul apabila mendapat mesej dari zakuan.

 Melihat keadaan itu dengan sengaja Linda menyergah. ‘Lissa!’, pekik Linda.

Akibat terperanjat mendengar pekikan Linda, telifon dari tangan aku terlepas, dan aku segera mengurut dadaku.

‘kau ni linda betul betul nak aku mati agaknya. Main sergah- sergah pulak. Nasib baik aku ni bukan keturunan yang ada lemah jantung kalau x…’, belum sempat aku dapat menghabiskan ayat aku, Linda mencelah 'eh sejak bila kau dengan zakuan ha? Sampai hati kau tak bagi tahu dengan aku’.

Aku perhatikan, telifonku sudah berada ditangan dia.

Aku hanya tersenyum.

‘Aku nak bagi tau kau la ni, tapi baru je aku nak bagi tau kau da sergah- sergah aku’. Balasku.
‘Yelah tu, ntah-ntah kau masih nak rahsiakan dari aku. Nasib baik lah aku sergah kau, lau tak, aku tak tahu la ye. Eh cepat lah bagi tahu, korang berdua ni sejak bila ha?’, linda menyoal.

‘Kita orang masih baru lagi la. Dan aku rasa da tiba da saatnya aku mulakan hidup baru. Lupakan ikhwan, dan belajar menyayangi orang lain’. Jelas ku pada linda

‘jika kau da kata begitu, baguslah. Aku tumpang bahagia kalau kau bahagia Lissa’. Habis saja Linda berkata, terus dia memeluk aku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bermulalah kisah bahagia aku dengan Zakuan. Pergi ke kolej bersama, pulang juga bersama.
Setelah hubungan kami meningkat untuk beberapa purnama, Zakuan mengajak ku untuk bertemu ibunya. Ingin kenalkan bakal menantu katanya.

Aku hanya terdiam. Lantas aku menjawab ‘wan tak rasa terlalu awal ke? Nak bawak lissa balik jumpe ibu wan?’.

‘kenapa lissa?, lissa tak suka ke?’, balas Zakuan,

‘bukan apa, lissa takut kalau kita ni x kemana nanti, mesti wan malu lak pada ibu wan’, jelasku.

‘lissa, ibu wan ok je, lau tak jadi, tak apalah, dia masih dapat anak perempuan’, seloroh zakuan.

Ya, aku tahu, zakuan tiada adik beradik lain. Dia anak tunggal. Ibu mana yang tidak mahukan anak perempuan.

Aku sebenarnya mahu saja berjumpa dengan ibu zakuan. Yalah aku inikan sudah lama tidak beribu. Sebak juga dadaku bila melihat orang lain bermesra dengan ibu mereka.

‘ei lissa, jangan takutlah sayang, ibu ok, lagipun ibu selalu Tanya bila nak bawak lissa jumpa dia’. Jelas zakuan padaku setelah melihat aku terdiam.

‘sebenarnya wan, lissa rindu dengan ibu lissa’, balasku.

Zakuan hanya melihat wajahku yang sayu itu.

‘sayang, janganlah bersedih, ibu wan ibu sayang jugakkan’, balasnya dan diikuti memek muka nakalnya.

Aku tergelak kecil melihat memek muka zakuan itu.

‘hehehe, ish abang ni, ada ada je lah’, selorohku

No comments:

Post a Comment