duhai kekasih
kau menyinari hati
tatkala diri bersendiri
duhai kekasih
terima kasih kerana sudi menemani
diriku yang dirundung sepi
duhai kekasih
kau lah raja dihati
bertakhta disanubari
merceriakan hari
dikala aku perlu kau disisi
duhai kekasih kau pujaan hati
suaramu bermain di kotak ingatan
bercerita kisah kita
bercerita kisah dunia
tiada apa yang boleh ku kata
kekasih kau memang suka bersuara
riang hatiku bila kau berbicara
duhai kekasih
kau sungguh istimewa
kau sentiasa bermain dimata
hadirmu bagai pelengkap rasa
biar banyak beza
tapi kita punya rasa yang sama
punya hati yang saling bercinta
duhai kekasih
aku tiada apa
aku hanya insan biasa
yang redha dengan kententuan yang Maha Esa
jika andainya kita terhenti disini
aku terima dengan rela hati
terma kasih kerana sudi mengasihi
duhai kekasih
dikeheningan malam
ku panjatkan doa
semoga kau dan aku sentiasa ada
bertemu jodoh hingga ke akhirnya
meniti perjalanan bersama
melayari bahtera dunia
mencari kesejahteraan disana
moga Al-Jannah menanti kita berdua
No comments:
Post a Comment