di dalam rumah itu,
ada tawa,
ada derita,
ada juga nestapa
rumah itu,
telah banyak menyaksikan..
segala kegembiraan..
segala kekecewaan...
segala kesedihan...
dan juga segala kehilangan...
rumah itu,
pelbagai cerita telah kau lewati..
satu masa..
kau akan tinggal sendiri...
menangisi isi yang tidak lagi dihuni
rumah itu, rumah kenangan..
rumah pusaka rumah tinggalan..
biarpun kini engkau ditinggalkan
satu masa nanti..
pasti pulang menemani....
No comments:
Post a Comment