ku angkat mata
dan ku lihat pena menari
entah apa yang diconteng
mungkinkah ilmu
mungkinkah lintasan fikiran
pena menari lagi
entah apa yang diconteng
adakah akan terhasil puisi puitis
mungkin juga ilmu yang bertambah
pena menari lagi
dan terus mmenari lagi
hingga satu masa ia akan berhenti
pena tak kan menari lagi
Friday, April 29, 2011
taubat
astaghfirullah hal azim
astagfirullah hal azim
sayup kedengaran zikir zikir keinsafan
meminta ampun pada yang Maha Pencipta
sayunya alunan zikir itu hingga menyentuh hati ku
ku lihat kembali betapa kejinya aku
ke lihat kembali betapa hinanya aku
ku lihat kembali betapa buruknya aku
di hadapan mu Ya Allah
aku manusia alpa
aku manusia leka
aku manusia lupa
aku hanya manusia yang penuh dengan dosa
wahai tuhan aku tidak layak untuk syurgamu
aku juga tidak sanggup untuk menanggung azab nerakamu
kurniakan lah aku ampunan dari Mu
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun segala dosa

Wednesday, April 20, 2011
Penuntut sesat 21 jam di Janda Baik
syukur pada tuhan mereka ditemui... terima kasih oada kumpulan yg pergi mencari..... terima kasih kepada kawan x putus berdoa atas keselamatan mereka.. walaupun berlainan agama dan bangsa... pengalaman yang bermakna
BENTONG: Selepas lebih 21 jam sesat ketika mengikuti aktiviti merentas hutan di Janda Baik di sini, dua pelajar Management and Science University (MSU) Shah Alam, ditemui selamat dalam keadaan keletihan berhampiran air terjun di hutan berkenaan, petang semalam.
Claries Pirus dan rakannya, Sumitha Muniandy, kedua-duanya berusia 24 tahun, ditemui penduduk kampung yang menjalankan operasi mencari bersama anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta RELA.
Mereka ditemui jam 2.30 petang berhampiran air terjun Sungai Tampit, kira-kira setengah jam dari kampung berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk diberi rawatan sebagai pesakit luar.
Claries berkata, beliau dan Sumitha dipecahkan dalam satu kumpulan kecil bagi menyertai aktiviti merentas hutan bersama lebih 100 pelajar diiringi tiga pensyarah kolej.
Bagaimanapun, kira-kira jam 5 petang kelmarin, mereka berdua terpisah dengan kumpulan ketika cuba merentas hutan menggunakan kompas, menyebabkan tersesat dan tidak menemui jalan pulang. -bharian
| clarice dipeluk bapanya, Pirus @ Petirus Ludo ketika ditemui selepas sesat di Janda Baik, semalam. |
BENTONG: Selepas lebih 21 jam sesat ketika mengikuti aktiviti merentas hutan di Janda Baik di sini, dua pelajar Management and Science University (MSU) Shah Alam, ditemui selamat dalam keadaan keletihan berhampiran air terjun di hutan berkenaan, petang semalam.
Claries Pirus dan rakannya, Sumitha Muniandy, kedua-duanya berusia 24 tahun, ditemui penduduk kampung yang menjalankan operasi mencari bersama anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta RELA.
Mereka ditemui jam 2.30 petang berhampiran air terjun Sungai Tampit, kira-kira setengah jam dari kampung berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk diberi rawatan sebagai pesakit luar.
Claries berkata, beliau dan Sumitha dipecahkan dalam satu kumpulan kecil bagi menyertai aktiviti merentas hutan bersama lebih 100 pelajar diiringi tiga pensyarah kolej.
Bagaimanapun, kira-kira jam 5 petang kelmarin, mereka berdua terpisah dengan kumpulan ketika cuba merentas hutan menggunakan kompas, menyebabkan tersesat dan tidak menemui jalan pulang. -bharian
Wednesday, April 13, 2011
ayah.. aku rindu padamu...
wajahmu bermain di ingatan...
garis garis rindu teserlah di wajah mu
begitu juga dengan ku..
setelah sekian lama
kita terpisah...
kita akhirnya dipertemukan
walaupun hanya dalam bayangan...
walaupun seketika
sudah cukup untukku mengali kenangan silam
gelak dan tawamu masih segar dingatanku..
senyummu dan amarahmu masih ku terlihat..
aku rindu padamu
walau kau jauh..
aku masih rindu padamu
walau kurelakan pemergianmu
jauh di sudut hati..
aku amat memerlukanmu..
aku masih memerlukan mu untuk membimbingku mengenal dunia
jangan kau risau jangan kau gelisah
rindu dan kasihku tetap akan mekar untuk mu..
kan ku utuskan doa untuk kesejahteraan untukmu..
hanya itu yang menghubungkan kita...
kasih diatas titi kurniaNya...
Thursday, April 7, 2011
cinta dalam rahsia
aku cinta mu padamu..
tatkala kau senyum
aku cinta padamu
tatkala kau ketawa
aku cinta padamu
tatkala kau berbicara
aku cinta padamu
tatkala kau kecewa
aku cinta padamu
tatkala kau amarah
aku cinta padamu
biarpun kau tidak pernah tahu
aku cinta padamu
biarpun hanya cinta rahsia
akan ku mekarkan cinta ini biarpun hanya ada aku
walaupun kau tiada peran
cinta kita tetap ada...

Wednesday, April 6, 2011
cinta?
cinta boleh ditafsirkan dengan pelbagai aspek... cinta boleh dilihat melalui apa sahaja... dan aku melihat cinta adalah warna-warna kehidupan, cinta akan hadir dimana-mana sahaja apabila kita ikhlas menerima dan merasai cinta itu sendiri... cintaku sendiri ada pelbagai...
cintaku pada bonda
cintaku pada bonda adalah cinta yang tertinggi dalam hidupku, setiap apapun pekerjaan, pemasalahan, ibulah tempat ku mengadu. ibu jugalah yang membawa diri ku ke dunia, kerana ibu jugalah aku mahu menjadi insan berguna, kerana ibu jugalah akan ku berbakti pada dunia
cintaku pada keluarga
aku dilahirkan dalam keluarga yang besar, sebagai adik yang bongsu, aku bersyukur kerana aku mendapat perhatian yang lebih dari kakak dan juga abang-abangku.... setiap perilaku dikawal, supaya tidak lah menentang adat dan agama, dan juga menconteng arang pada keluarga
cintaku pada sahabat
sahabat adalah teman perjuangan untuk ku, dimana-mana sahaja aku berada, aku senang bermesra dengan sahabat.. sahabat juga adalah antara insan yang terpenting dalam hidupku.. bagiku mereka juga saudara walaupun berlainan bangsa dan agama
cinta yang sejati
kasih antara dua insan ini masih dalam fantasi, aku masih mencari dimana sinar cinta ini, mungkinkah ada dihadapan mata ataupun masih jauh berlainan benua...
cinta yang hakiki
cinta yang teragung, cinta yang yang tiada tandingan, cinta pada agama itu yang lebih utama... cinta akan Rasulullah dan cinta pada Maha Pencipta.... tiap masa akan diabdikan dalam mencari kehidupan yang diredai..
cinta punya banyak rahsia, cinta punya banyak cerita, terpulang pada hati untuk memilih cinta yg mana dan bagaimana... kita bukan sama, cinta kita berbeza, tapi kita tetap punya rasa cinta...
Subscribe to:
Comments (Atom)