Wednesday, April 20, 2011

Penuntut sesat 21 jam di Janda Baik

syukur pada tuhan mereka ditemui... terima kasih oada kumpulan yg pergi mencari..... terima kasih kepada kawan x putus berdoa atas keselamatan mereka.. walaupun berlainan agama dan bangsa... pengalaman yang bermakna

CLARIES   dipeluk bapanya, Pirus @ Petirus Ludo ketika ditemui  selepas sesat  di Janda Baik, semalam.
clarice dipeluk bapanya, Pirus @ Petirus Ludo ketika ditemui selepas sesat di Janda Baik, semalam.

BENTONG: Selepas lebih 21 jam sesat ketika mengikuti aktiviti merentas hutan di Janda Baik di sini, dua pelajar Management and Science University (MSU) Shah Alam, ditemui selamat dalam keadaan keletihan berhampiran air terjun di hutan berkenaan, petang semalam. 


Claries Pirus dan rakannya, Sumitha Muniandy, kedua-duanya berusia 24 tahun, ditemui penduduk kampung yang menjalankan operasi mencari bersama anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta RELA.
Mereka ditemui jam 2.30 petang berhampiran air terjun Sungai Tampit, kira-kira setengah jam dari kampung berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk diberi rawatan sebagai pesakit luar.
Claries berkata, beliau dan Sumitha dipecahkan dalam satu kumpulan kecil bagi menyertai aktiviti merentas hutan bersama lebih 100 pelajar diiringi tiga pensyarah kolej. 


Bagaimanapun, kira-kira jam 5 petang kelmarin, mereka berdua terpisah dengan kumpulan ketika cuba merentas hutan menggunakan kompas, menyebabkan tersesat dan tidak menemui jalan pulang. -bharian

No comments:

Post a Comment