Wednesday, April 6, 2011

cinta?






cinta boleh ditafsirkan dengan pelbagai aspek... cinta boleh dilihat melalui apa sahaja... dan aku melihat cinta adalah warna-warna kehidupan, cinta akan hadir dimana-mana sahaja apabila kita ikhlas menerima dan merasai cinta itu sendiri... cintaku sendiri ada pelbagai...


cintaku pada bonda 
cintaku pada bonda adalah cinta yang tertinggi dalam hidupku, setiap apapun pekerjaan, pemasalahan, ibulah tempat ku mengadu. ibu jugalah yang membawa diri ku ke dunia, kerana ibu jugalah aku mahu menjadi insan berguna, kerana ibu jugalah akan ku berbakti pada dunia



cintaku pada keluarga
aku dilahirkan dalam keluarga yang besar, sebagai adik yang bongsu, aku bersyukur kerana aku mendapat perhatian yang lebih dari kakak dan juga abang-abangku.... setiap perilaku dikawal, supaya tidak lah menentang adat dan agama, dan juga menconteng arang pada keluarga




cintaku pada sahabat
sahabat adalah teman perjuangan untuk ku, dimana-mana sahaja aku berada, aku senang bermesra dengan sahabat.. sahabat juga adalah antara insan yang terpenting dalam hidupku.. bagiku mereka juga saudara walaupun berlainan bangsa dan agama


cinta yang sejati
kasih antara dua insan ini masih dalam fantasi, aku masih mencari dimana sinar cinta ini, mungkinkah ada dihadapan mata ataupun masih jauh berlainan benua... 


cinta yang hakiki

cinta yang teragung, cinta yang yang tiada tandingan, cinta pada agama itu yang lebih utama... cinta akan Rasulullah dan cinta pada Maha Pencipta.... tiap masa akan diabdikan dalam mencari kehidupan yang diredai..






cinta punya banyak rahsia, cinta punya banyak cerita, terpulang pada hati untuk memilih cinta yg mana dan bagaimana... kita bukan sama, cinta kita berbeza, tapi kita tetap punya rasa cinta...

No comments:

Post a Comment